<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


Tidak perlu mencari teman secantik Balqis jika diri tidak seindah Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha. Tidak perlu menjadi steguh Ibrahim jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah. Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah jika diri tidak sesempurna Rasulullah?

Biar murah senyuman, jangan berperangai murahan.

SYGKU awak tak bersendirian, walaupun awak jauh..kita tetap bersama didalam hati ini..doaku sentiasa bersama awak.
syg tatkala ku bersendirian..dirimu hadir memberi sinar baru kepada ku!!


i LIVE My life For You

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Oct 11, 2006
STOP my Heart


Posted at 04:56 am by fiela
Make a comment  

Aug 15, 2006
cahaya permata

Saat ini…baru mengerti erti rindu
Seakan ingin mendakapnya
Dari kejauhan
Ingin menenangkan
Hati yang kerusuhan
Ingin turut berteman
Airmata dan kepiluan

Kuimbas kata si bijaksana
Dunia ini fana
Betapa kita ditemukan…diulit keindahan
Akhirnya dipisahkan…
Begitulah dugaan
Selagi diri milik tuhan…

Suatu masa
Pernah kesesatan mengejar bayangan
Pernah bergentayangan tanpa haluan
Namun kuinjak kembali bumi ini
Mendakap kenyataan, ketentuan
Demi sebuah kehidupan
Sewajibnya diteruskan…

Namun hati seakan terkilan
Memandang wajah jernih itu,
Naif…tulus
Sejenak…terasa dunia ini karam
Hanya mengharap hikmah disebalik kejadian

Mungkinkah…
Tubuh kerdil itu turut kesedihan?
Mungkinkah…si kecil faham erti kehilangan
Mungkinkah
Si mungil itu merelakan sebuah perjalanan
Tiada jalan pulang?
Mungkinkah…
Tegakah…

Wahai permata
Kukirimkan dakapan kasih
Seikhlas hatinya hamba Tuhan
Bertatihlah…
Dengan keberkatan Tuhan
Berdirilah…
Dengan keredhaan Tuhan
Berjalanlah…
Dengan kekuatan iman
Moga kau tak kepincangan
Biar ribut, biar badai
Onak duri jua tiada kuasa
Merebahkanmu…
Gapailah tangan-tangan ini
Selagi kau memerlukan..

Berlarilah…
Mencari kebahagiaan abadimu
Yang dijanjikan Tuhan
Insya-Allah…
Pastikan ada cahaya
Di Penghujung jalan…


Posted at 05:16 am by fiela
Make a comment  

Aug 8, 2006
Bukan Miliku

Sering kali aku berkata,
ketika orang memuji milik ku,
bahawa sesungguhnya ini hanya titipan,
bahawa kereta ku hanya titipan Nya,
bahawa rumah ku hanya titipan Nya,
bahawa harta ku hanya titipan Nya,
bahwa putra putri ku hanya titipan Nya,

Tetapi,
mengapa aku tak pernah bertanya,
mengapa Dia menitipkannya kepada ku ?
untuk apa Dia menitipkan ini kepada ku ?
dan kalau bukan milik ku,
apa yang harus ku lakukan untuk milik Nya ini ?
adakah aku memiliki hak atas sesuatu yang bukan milik ku ?
mengapa hati ku justeru terasa berat,
ketika titipan itu di minta kembali oleh-Nya ?

Ketika di minta kembali,
ku sebut itu sebagai musibah,
ku sebut itu sebagai ujian,
ku sebut itu sebagai petaka,
ku sebut dengan panggilan apa saja
untuk melukiskan bahawa itu adalah derita.

Ketika aku berdoa,
ku minta titipan yang cocok dengan hawa nafsu ku,
aku ingin lebih banyak harta,
aku ingin lebih banyak kereta,
aku ingin lebih banyak rumah,
aku ingin lebih banyak populariti,

Dan ku tolak sakit,
ku tolak kemiskinan,
Seolah ...
semua "derita" adalah hukuman bagiku.
Seolah ...
keadilan dan kasih Nya harus berjalan seperti matematika:

Aku rajin beribadah,
maka selayaknyalah derita menjauh dari ku,
dan nikmat dunia kerap menghampiri ku.
Ku perlakukan Dia seolah mitra dagang,
dan bukan Kekasih.

Ku minta Dia membalas "perlakuan baik ku",
dan menolak keputusan Nya yang tak sesuai dengan keinginan ku,

Ya Allah,
padahal tiap hari ku ucapkan,
hidup ku dan mati ku hanyalah untuk beribadah...



Posted at 05:37 am by fiela
Make a comment  

Aug 4, 2006
..:: Senyuman Dalam Sepi ::..

Bila sepi itu datang
kuhadirkan senyumanmu dihatiku
agar dapat kulalui hari ini dengan senyuman
semanis senyumanmu...

Bila sepi itu memanggil namamu
kubisikkan dihatiku
ingatlah pada kenangan lalu
yang indah manis menusuk kalbu
agar senyuman terukir lagi dibibirku...



Bila sepi mengetuk pintu hati
kunyalakan rasa kasih sejati
melupakan kepedihan dicalari sepi
menanti bahagia sinar kembali
senyumanmu senyumanku kian berseri...

Bila sepi mengugat ketenangan
kuhadirkan kesetian dan kepercayaan
ungkapan janji dalam genggaman
menepis segala mungkin gangguan
dalam sabar kutersenyum sendirian
senyuman kasih dalam sepi...


Posted at 10:44 pm by fiela
Make a comment  

Aug 1, 2006
“Secebis Doa”

Tuhan ku…

Andaikata  telah  Engkau  Takirkan  dia  milikku

Maka, gembiralah  hati  Hamba mu  ini

Satukanlah  haluan  jiwa-jiwa  kami

Agar kebahagiaan  ini bersemi Selamanya

 

Seiringkan  haluan  kami  bersama

Sepertimana  Engkau…

Seiringkan  bulan  dan  bintang

Agar dapat berdamai mesra

Walaupun  berbeza  antara  kami

 

Tetapi…

Seandainya Engkau takdirkan dia

Bukan milikku…

Maka, lenyapkanlah ia dari ingatanku

 

Tuhanku…

Kuatkanlah imanku

Serta peliharalah kehidupanku

Bawalah jiwa ini pergi jauh ke lembah baru

Agar…

Hambamu dapat  melenyapkan pandangan

Serta  hilang dari akal fikiran

 

Tuhanku yang tercinta…

Aku mohon kepadaMu

Janganlah Engkau pisahkan hati-hati kami

Satukanlah kami di suatu hari nanti

Agar…

Kami dapat menikmati kemenangan

Pengorbanan cinta suci ini

 

Namun…

Seandainya dia mengkhianati cinta ini

Ku pohon kepadaMu

Pisahkan kami untuk selamanya

 

Tetapi…

Seandainya dia ditakdirkan untuk bersamaku

Ku pohon kepadaMu

Aagar Engkau kuatkan lagi kesetiaannya kepadaku

Sepertimana…

Kuatnya kesetiaan ku kepadanya

Selama ini…

 

 


Posted at 07:14 am by fiela
Make a comment  

Jul 25, 2006
syg!!rindu!!sedih!!pilu!!

Rindu???????

Fahamlah anda sedang merindu, tp janganlah bertindak gila, hingga org yg anda rindui itu berasa tidak selesa.Fikirkan juga situasi yg sedang dihadapinya, dia mungkin dlm keadaan tidak boleh menjawab panggilan anda,usahlah terus mendail dan mendail..dan terus menghantar sms demi sms yg mengambarkan kerinduan anda itu, ini amat menganggunya..
itulah silapnya kita apabila terlalu merindu, tanpa memikirkan keadaan org disana,mungkin dia sibuk dgn kerjanya atau pelajarannya..panggilan yg bertalu2 hanya mengundang rasa rimasnya..
mmg merindu asam garam percintaan, tp batas batasilah rindu anda sebab kerinduan yg terlampau akan membuahkan tindakan bertuah..
kemudahan yg ada membuat kita semakin manja dan mengada2.Bayangkan org2 dulu yg berpisah berbulan, malah bertahun tanpa khabar...tiada alat yg boleh menyampaikan kerinduan mereka itu.
kita sikit2 nak telefon,, hantar sms,bila tak berjawab kita mula berprasangka.kemudahan teknologi membuat kita semakin tidak sedar pentingnya memahami psikologi dan bahasa isyarat manusia.Tatkala dia tak menjawab pangilan anda, ketahuilah hambatan waktu yg mungkin sedang dialaminya. Ketika dia tidak membalas sms anda dgn segera, fahamilah yg dia mmg tiada kesempatan..
tatkala panggilan anda tidak pernah bersambut lagi sehingga seminggu,ketahuialh yg dia mungkin sudah tidak memerlukan anda dlm hidupnya.tatkala sms anda langsung tidak berbalas hingga berbulan2 lamanya, sedarlah anda sudah tiada dlm hatinya..
ingat,..terus menghubunginya bermakna anda tidak faham bahasa sepi.Mahalkanlah rasa cinta dan rindu anda itu.Tatkala rasanya org sudah tidak memerlukan kita,usah ditagih perhatiannya lagi.Katakan selamat tinggal, aku membawa diri...jika kau jujur pada perhubungan ini,tibalah masanya kau memcariku pula..
cinta hanya berharga apabila diberikan harga terhadapnya.nilainya bertambah tinggi apabila harganya ditinggikan.Jika anda terlalu rindu dan terlalu menghubunginya,ia merendahkan nilai cinta anda

Hendak ku intai hati nya
Hendak ku ubat jiwa nya
Rindu nya aku senantiasa
Pada nya di mana …kemana..
Bila dapat ku bebicara…tak sudi?

Ku biarkan saja..masa berlalu
Ia bagai mencuri tika bicara ku
Aku terpaku …dengan cara mu
Aku tak faham …celaru…keliru?


Terkadang kau mendekati
Terkadanag kau ku rasa tak sudi
Terkadang seruan …bicara mu
Entah lah …hmmm yang mana satu.


Aku tetap sama…seperti selalu
Menanti sapaan…jika tiada
Aku dengan acara ku
Sibuk dengan harian ku
Tapi di hujung sana…pasti menunggu
Kau membisu…siapa lah aku…



Ku renung pada mentari pagi
Ku bisik rindu hati
Kini kau tiada…
Ku kesepian..bagai tiada udara
Sesak di jiwa…
Pada mu ku cerita
Namun bicara mu …ku hanya
Cuba meneka
Ketahui kah sayang
Hati ku merindu
Kau nun jauh di sana…
Remuk jiwa
Ku tahu kau merana
Tapi apa lah daya ku
Terpisah akhirnya
Cerita purba…
Kau dan aku tak kan
Bersatu
Bagai langit dan bumi



Dalam kepekatan malam
ku renung langit nan kelam
berteman bintang dan rembulan
dibelai lembut angin menghembus
ku bisikkan kata rindu
ku lagukan bicara sepiku
semoga suara hatiku
bergema di tabir telingamu


Rindu bukan buatan
ia datang dengan kasih dan sayang
kepingin sekalung bicara
biar tiada nada dan irama
namun hati ngerti di tinta yang kaku
pasti terserlah kata jiwa yang merindu
kasih dan sayang terpapar jua
ku jua merindu
ku jua tak ingin menyepi lagi
kau yang ku rindu
di bayu ku kirim salam
di purnama ku lambaikan kasih yang mendalam
di suria pagi nama mu ku ulangkan
agar hatimu terasa aku kerinduan
sayang ku...di sebalek kelopak mata ku
ku mimpi wajah wajah mu...


Ketika kumohon kepada Allah kekuatan
Allah memberiku kesulitan agar aku menjadi kuat
Ketika kumohon kepada Allah kebijaksanaan

Allah memberiku masalah untuk di pecahkan
Ketika kumohon kepada Allah kesejahteraan
Allah memberiku akal untuk berfikir
Ketika kumohon kepada Allah keberanian
Allah memberiku bahaya untuk kuatasi
Ketika kumohon Allah sebuah cinta
Allah memberiku orang orang bermasalah untuk ku tolong
Ketika ku mohon kepada Allah bantuan
Allah memberikanku kesempatan
Aku tak pernah menerima apa yang kupinta
tetapi aku menerima segala yang ku perlu
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain terbuka
tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu
yang tertutup sehingga tidak melihat pintu
yang di bukakan bagi kita
orang orang yang paling berbahagiapun tidak selalu memiliki
hal hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan
yang terbaik dari setiap hal yang
hadir dalam hidupnya
mungkin Allah menginginkan kita bertemu dengan beberapa
orang yang salah sebelum bertemu dengan orang
yang tepat, kita harus mengerti bagaimana
berterima kasih atas karuniaNya
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang orang di sekeliling
kamu tersenyum, jalanilah hidupmu sehingga pada
waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan
orang orang di sekelilingmu menangis


Posted at 07:16 am by fiela
Make a comment  

lamanyaa tak edie blogg

sudah sekian lama tak edit..rasa letih sangat bekerja akhir2 nie
banyak benda nak crita..tp dah tak tau nak mula yg mana satu..
la nie pun tulis dalam keadaan letih yg amat sangat

CRITA START HARI NIE LAAA...HARI REPORT UNTUK KARNIVAL LUBUK MERBAU DAH SIAP SEPENUHNYA,TINGGAL NAK PRINT JE.,SYURIKAT AKU KERJA JD PENGANJUR UNTUK KERNIVAL BELIA DI FELDA LUBUK MERBAU PADA 15-18 JULAI 2006..MAKA SELAMA 4 HARI LAA AKU JD ORG LUBUK MERBAU.TP SATU YG BEST KAT SANA..AIRNYA BEST..KALAU MANDI MEMANG SYAHDU..SEJUK GILAAA....SUKANYAA BILA MANDI TENGAHARI...Big Smile.ACARA KARNIVAL  MEMANG BEST..SEMPOI GILA..TP NAK TULIS RASA CAM NAK JADI TAK BEST

HEHEHE.....JIKA DULU JAWATAN AKU PENYELIA IT TP SEKARANG DAH BERUBAH DAHHH ..DAH JD KOT LAIN DAH JAWATAN AKU,YG PASTI KERJA MEMANG BEST..CUMA SAKIT PALA LA SKIT,JADI PEGAWAI EVENTS MANAGEMENT..HAHAHAAH..MAMPUUIH LAA NAK KENA PI JUMPA ORG BESAQ2 NAK BINCANG SESUATU EVENT YG NAK BUAT..STAKAT NIE EVENT TERBARU DOK BUAT UNTUK MAJLIS BANDARAYA ALOQ SETAQ UNTUK ACARA KARAOKE,PASTU KARNIVAL JUALAN KAT  AYAQ ITAM..DAN LAST SKALI..ACARA MERDEKA PLAK NAK KENA HANDLE..HUIII..HUII.....KERJA LUAQ LAA NAMPAKNYAA..TAK BEST2!!Tongue


Posted at 06:53 am by fiela
Make a comment  

Jun 27, 2006
ofis baru!!!

Aku rindukan:
Wajahmu, suara, senyum dan tawamu seperti waktu itu
Aku rindukan:
Haruman itu yang masih kekal terhidu
Aku rindukan:
Seluruh dirimu baik atau buruk sama seperti kali pertama kita bertemu

Rinduku padamu akan terus kekal jadi selaput jiwa dan retak hati semakin rebah dalam senyummu... dalam senyumku. Aku pasti...

Saat ini jika kau di sini, aku terlalu merindui hingga tiada rasa lagi. Maafkan aku kerana menjadi selemah itu kerana hati tetap berlari kepadamu
kerna mu,ku sanggup menitiskan air mata ku, membuang rasa ego dihati, biarlah kata org,walaupun maskulin bertukar ke feminin,
ku menyayangi dirimu melebihi dariku
cuma satu ku pinta,jagalah dirimu sebaik mungkin,
I Live My life for you,
biarlah kita bersama mencari keredhai illahi

setiap saat ku merinduimu
walaupun mulutku berhenti mbicarakan tentangmu
walaupun mataku bhenti menatap gambarmu
walaupun tanganku tak lagi menitip berita untukmu
tapi hatiku masih untukmu
ku dapat rasai kesetianmu padaku
maafkan lah aku,aku buta kasih kasih-sayang dan kesetiaanmu!!
kini tidak lagi...ku buka mata hatiku seluas-luasnya untukmu
demi cinta agung,kita akan bersama!!


hahahaha..adoiiii apa yg aku tulis niee..

getnotchemeh!!!


waaaaa.......hari nie pindah ofis baru,hahahah,sempoiiii,dapat meja sorang satu ngan pc,hari nie meting pasai kerja2 maintain yg dok edit gambaq sebelum nie,seperti yg dijangka,kena paku laaa,kerja tak siap,nak siap cam ner,gambaq tak cukup nak buat report,so esok member2 sekerja kena kluaq pi tangkap gambaq laa,sambil tu aku dok install benda baru kat pc,tak sabaq nak buat kerja ngan pc baru nie,skop boleh tahan laa,department IT katakan,tp yg jemnya,hari jumaat ngan sabtu nie kena kerja kot,sebab nak siapkan claim sebelum hari ahad,

td balik umah sampai kul11,malam nie kerja lebih masa ngan member,teman member skali sebab sok dia kena pi lubuk merbau,setup kursus kawin..waa...waaa nak ikut,tp kerja banyak plak kat opis,dalam dok buat kerja tuu,sempat laghi member alam ghaib mai tengok..adoiiii nasib baik laa 2 org,sejak akhir2 nie rajin betui dia mai tengok,tak der kerja la tu..nak nyakat org jeeee...aparaa punyer hantu,heheh minggu ni tiap2 hari masuk opis awai,biasa laa banyak kerja tertunggak,tp mintak2 laa ada rezeki kat kompeni niee,nak bekerja kuat!!!sebab nak menjamin masa depan org tersyg,tak nak susah dahhh...azam hidup nie..hehehe..takraw pun dah masuk 2 minggu tak main,kerja balik kul 8.00++ jer,nak main apanyer???maintain sihat dah laa,lusa gaji masukkk yeaaaaaaaa.......nak shoping,hahaha,sapa kata laki tak pandai shoping!!silap2 lebih dr pompuan,hahahahaha


Posted at 10:02 am by fiela
Make a comment  

Jun 25, 2006
kerja..kerja..kerja

Alamak..hari nie kerja masih tak siap,claim untuk bulan 5 dah siap,nak print pulak jerm!!!adoiiiii  tensionnyaaa hari nieee...mcm nak nangis  jerrr...pi beli ink untuk refill,abih berlemuih tangan,dah laa ayaq tak der nak basuh,member buat pulut durian pun tak makan,kesiannya kat depa,semua org makan,tp terpaksa tekun bekerja,hari ni pi ofis dalam kul 7.45 sampai ,tunggu member mai bukak pintu,terus buat kerja,ingatkan dapat siap hari nie,tp hampeh blaka,maka td bernekad laa nak siapkan sampai magrib,tp tak tahan kena kacau laaaaa,dah la dok sorang2,

Ermm,smalam baru balik dr kl ngan awek
heheheh......pi ada kerja pasai mara,org tersyg nak balik dr umah kak dia,
hari nie bz gila,kalau tak boleh luch kat umah..td call org tersyg,sebab org tersyg tumpang umah sebelum mymom hantar dia balik ke umahnya,masa call kata dia dah sampai umah,sedihnyaa tak sempat nak jumpa,tp bila saja sampai umah,masuk bilik,waaa barang2ku tersusun rapi,hampir tertumpah ayaq mataku,tengah2 tension bekerja..balik2 ada org kemaskan bilik,dah laa org tersyg yg buatkan,terharunyaaaa..
mula2 tak prasan laghi yg barang2 masih ada,bila nak tutup pintu ternakpak baju2 dia tersangkut,ingatkan dia lupa amik,alih2 nampak beg dia kat sebelah,hahahaha,gembiranyaaaa,dapat jumpa laghi,rupa2nya dia tak balik laghi,hehehe..
pastu dok tengok2 pc dia jab,apa yg rosak ntah!!pasai apa tak boleh on tak tau,masa kat umah member boleh plak,call member tanya pasai apa,so buat laa seperti yg member cakap,tak jalan jugak,member kata umah hg ada beli hantu kot,hehehe,tak paa akan diusahakan untuk org tersyg,

i love u syg


Posted at 05:21 am by fiela
Make a comment  

Jun 22, 2006
minggu yg teruja

adoiiiii
nak tulis blog skit laa walaupun rasa malaih
minggu nie mcm2 jer,dok edit gambaq projek tak abih2
misiion fail kata nak claim minggu nie,
semalam dinner ngan tengku temenggung kat darulaman golf club
pastu meeting sat lepas dinner hari nie sambung meting,ngan buat layout tapak khemah untuk hari belia,
tak sempat nak edit gambaq projek

Maka dalam kul 8.30++ td pi laa ofis ngan member nak sambung kerja2 nak selesaikan claim,dalam kul 10.00 kami turun minum kat kedai bawah,
lepas naik semula,bermula laa episod yg tak best,ada tetamu tak diundang,bermula dengan aku terdengar org tarik kerusi,lepas tu ada skit2 bunyi,dan last skali member aku nampak bayang2 lari tepi dia,waaaaaaa...usik makin sakan nie,maka 2 minit sebelum kul 12 kami pun blah,sebelum tetamu tak diundang itu panggil anak beranak dia mai main skali,hahahha,

hari selasa tu aku terkurung kat ofis disebabkan nak siapkan kerja2 nie,kul 10 bari dibebaskan,macam tebusan la plak,masa tu memnag ada terdengaq bunyi,tp buat tak tau laa sebab memang tak tau apa2,tp td dah tanya pak guard dia,dia kata memang boleh tahan tempatnya
hahahahha
sok nak ke KL,ada benda nak dselesaikan skit,pastu jumpa org tersayang skali,ermmmm..ngantuknyaaa...tp risau dok pikiaq kerja tak siap niee..mampuih laa..dah laa 2 bulan tak claim tuuu,


Posted at 11:27 am by fiela
Make a comment  

Next Page